Salina

Salina

A. Samad Said / Jul 23, 2019

Salina Novel mengenai seorang perempuan bernama Salina yang didorong kemiskinan untuk mencari kerja sebagai pelayan di Singapura dan Tanah Melayu Malaysia pada tahun an Salina kakak bercakap dengan ikhla

  • Title: Salina
  • Author: A. Samad Said
  • ISBN: 9789833922178
  • Page: 252
  • Format: Hardcover
  • Novel mengenai seorang perempuan bernama Salina yang didorong kemiskinan untuk mencari kerja sebagai pelayan di Singapura dan Tanah Melayu Malaysia pada tahun 50 an Salina, kakak bercakap dengan ikhlas, dari hati kecil kakak benar benar dan kau tau bagi kakak kau sudah seperti adik kakak sendiri, timbangkanlah cakap kakak ini Ubahlah cara hidup kau Berikhtiarlah supayNovel mengenai seorang perempuan bernama Salina yang didorong kemiskinan untuk mencari kerja sebagai pelayan di Singapura dan Tanah Melayu Malaysia pada tahun 50 an Salina, kakak bercakap dengan ikhlas, dari hati kecil kakak benar benar dan kau tau bagi kakak kau sudah seperti adik kakak sendiri, timbangkanlah cakap kakak ini Ubahlah cara hidup kau Berikhtiarlah supaya jangan terus menerus sahaja kau men jalani kehidupan seperti ini Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing, Singapura, selepas Perang Dunia Kedua Novel ini menggambarkan ke miskinan,keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah tengah kehancuran kehidupan selepas perang.Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang memberi kesan yang cukup kuat dalam diri Samad yang pada masa itu masih anak anak lagi Dia mengutip kembali butir butir pengalaman itu untuk menceritakan keadaan orang Melayu dan orang orang Indonesia yang hanyut berkelana dan menjadi buruh di Singapura.Ini bukanlah persoalan yang sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu, tetapi Samad telah memperlihatkan kebolehan seninya dengan melukiskan semua hal ini secara artistik melalui dialog dialog dan tingkah laku watak wataknya Manusia yang lahir dalam Salina adalah manusia yang natural dan bukannya yang menjelma sebagai boneka dengan sifat sifat hitam putihnya Memang Samad mempunyai kekuatan dalam hal ini kerana ketelitiannya mengamati watak watak orang.

    The Salina Journal Official Site Carolynn Phalen, a first grade teacher at Grace E Stewart Elementary School, is among seven instructors selected as Kansas Master Teachers for . Salina, Kansas Official Site Contact Us City of Salina City County Building W Ash Street Salina, KS Department Phone s Salina, Kansas Salina, Sicily Salina, KS Salina, Kansas Map Directions MapQuest Salina s la n is a city in and the county seat of Saline County, Kansas, United States As of the census, the city population was , Located in one of the world s largest wheat producing areas, Salina is a regional trade center for north central Kansas Salina is also the Salina definition of salina by The Free Dictionary Baldly as he had stated it, in his eyes was a rich vision of that hot, starry night at Salina Cruz, the white strip of beach, the lights of the sugar steamers in the harbor, the voices of the drunken sailors in the distance, the jostling stevedores, the flaming passion in the Mexican s face, the glint of the beast eyes in the starlight, the sting of the steel in his neck, and the rush of blood The Salina Post Official Site Salina Area Technical College is accepting applications from individuals interested in serving on the college s Board of Trustees This nine member Read More. Salina Best of Salina, KS Tourism TripAdvisor Salina Tourism TripAdvisor has , reviews of Salina Hotels, Attractions, and Restaurants making it your best Salina resource. THE BEST Things to Do in Salina February with Town of Salina Official Site Welcome to the official Town of Salina website Welcome to the Town of Salina s webpage We hope to provide you with constantly updated useful information regarding our community.

    • ☆ Salina || ✓ PDF Read by ↠ A. Samad Said
      252 A. Samad Said
    • thumbnail Title: ☆ Salina || ✓ PDF Read by ↠ A. Samad Said
      Posted by:A. Samad Said
      Published :2018-011-12T08:41:46+00:00

    About "A. Samad Said"

      • A. Samad Said

        Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986 Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Anugerah anugerah Menulis Asia Tenggara SEA Write Awards.Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura 1940 1946 dan Institusi Victoria, Singapura 1956 Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel novel berikut Salina Langit Petang Sungai Mengalir Lesu Hujan Pagi Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri Adik Datang Cinta FansuriAntara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan 2003 , Dirgahayu Dr Mahathir dan Rindu Ibu 2004.Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik 2006.Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir Sumber


    560 Comments

    1. Aku mengambil masa 2-3 bulan untuk menghabiskan baca karya sastera agong ini. Memang penat. Tiada bintang ini juga bukanlah nilai yang bagus untuk diberi kepada mahakarya Pak Samad ini. Mungkin lagi baik dari itu. Tapi aku tidak reti menilai karya sastera.


    2. Salina, telah saya baca dan hadam sejak di bangku sekolah rendah lagi. Segala cerita dan wataknya saya ingat sampai hari ini. Kehidupan zaman perang diperikan secara terperinci hingga kita dapat bayangkan suasana perkampungan orang Melayu Kampung Kambing Singapura yang serba daif selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan kemiskinan,keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah kehancuran kehidupan selepas perang.Pemerintahan Jepun yang singkat di [...]


    3. Sedih, pilu, dan amat menusuk hati. Sarat dengan realiti kehidupan yang sukar sekali untuk difahami, seandai kita tidak mengalami. Manusia sememangnya mudah untuk menghukum, kerana kita tidak memahami keterpaksaan sesetengah insan oleh keadaan, kondisi mental mahupun fizikal. Walau hinanya seorang pelacur di mata masyarakat, namun apa yang tersimpan di lubuk hatinya, apakah kita ketahui segalanya? Sungguh, tiada siapa yang wajar menghukumi melainkan Tuhan. Benar, untuk hidup ini bukan sesuatu ya [...]


    4. Begitu sayang karya A. Samad Said dikerjakan sebegini. Sememangnya beliau tidak sempurna tapi pihak penerbit Lejen Press tiada usaha langsung nampaknya untuk menyunting dan memperkemaskan manuskrip. Terlalu banyak typo, kesalahan dari segi struktur ayat dan layout yang berterabur. Inconsistencies juga boleh dielakkan jika manuskrip ini disunting terlebih dahulu.Dari segi karya, saya rasa tajuk Salina seperti tidak kena. Mungkin silap saya untuk assume tapi bagi saya Salina hanyalah seorang watak [...]


    5. (5 Bintang)"Dan diketahuinya sekali bahawa betapa kotor pun Siti Salina di luarnya tetapi kotoran itu tidaklah sampai ke telaga hatinya." - muka surat 359Buku ini hamba temui dengan tidak disangka-sangka apatah lagi direncanakan tetapi sungguhlah pertemuan hamba dengan ‘Salina’ sangat menyenangkan sekali. Terasa beruntung pula apabila buku ini yang banyak sekali disebut orang dan sukar sekali ditemukan, berjodoh rupanya dengan hamba. Harapnya selepas ini berjodohan dengan buku puisi T. Alias [...]


    6. akhirnya habis jugak baca novel ni! huwaaa ending dia bolak balik xtahu nak sedih ke nak gumbira. huhu.aku beri 4* sebab ada adegan tett tott so nak galakkan org lain baca pun xberapa berani tkt dapat 'saham' dosa kering. erk. hihi. Tapi sepatutnya utk pengajaran yg diberi harus dpt 5* atau lebih :)tp tetap nak cakap novel ni best! best utk yg mampu ubah ia jadi novel motivasi bukan novel perosak akhlak. huhu" Salina sangatlah luar biasa bg khazanah sastera saya kerana ia telah pun sempat dipadu [...]


    7. Novel yg digunakan masa A level dulu. Sastera Melayu. Sayangnya ketika itu pembacaan lebih cenderung kepada English novel and did Shakespeare plus other short stories for literature in Sec school. Natijahnya, saya gagal BM sebab Salina.ya tak ingat pun cerita ni. All I know the pace was slowor maybe Im slow. Asyik tertidur je bila part bacaan and berdiskusi. Honestly, jika bukan dipaksa as salah satu literature book, kemungkinan besar saya akan lebih gemar baca novel ni.Ya dulu mmg saya tak pand [...]


    8. Antara naskah paling awal yang saya cuba baca-baca. Abah saya pesan, jika kamu mahu menulis, tetapi tidak pernah membaca Salina, eloklah kamu padamkan sahaja niatmu nak jadi penulis.


    9. Haih Salina.Aku kasihan benar denganmu. Kenapa kamu begitu naif selama ini? Aku harap tiada lagi perempuan sepertimu di zaman kini. Dan kalau ada, diharapnya dia dapat mengikuti jejak langkahmu meninggalkan lelaki tidak kenang budi itu secepat mungkin!Cilakalah ke atas lelaki-lelaki seperti Abdul Fakar yang tidak tahu diuntung! Sudah madu diambil daripada perempuan, dibuang semula sepahnya. Dasar lelaki hina!Begitulah hidup, sedalam mana cinta Hilmy dan Nahidah, mereka tetap tidak dapat bersama [...]



    10. I probably don't belong in the set enamoured by this Malay modern classics. But I could blame it to the nature of this version I'm reading because the English translation from the 70s nearly made it unreadable. And I choose that edition because some ten years ago, my malay language teacher recommended the book to me and pointed exactly on how it was well received outside Malaysia due to the English translation and I've been trying to find this exact edition for ten years now. But as disappointme [...]


    11. aku ingin merasa apakah keistimewaan salina sehingga ia menjadi naskah agung. namun walau sampai ke pertengahan jalan aku masih merasakannya adalah buku biasa, yang merakam perjalanan hidup penduduk kampung kambing. dan setelah habis ia tetap biasa sebiasa habisnya cerita-cerita di buku lain.tapi kemudian aku sedar, kebiasaan salina itu sendiri adalah keistimewaannya. salina adalah mesin masa yang tidak menipu kita, salina adalah gambar hitam putih yang tulen, bukan gambar photoshop kamera yang [...]


    12. Pada asasnya buku ini berkenaan kehidupan seharian penduduk Kampung Kambing. Bagaimana mereka meneruskan kehidupan dalam serba kekurangan. Namun, perkembangan cerita dengan daya perkembangan watak yang ditonjolkan oleh a samad said sangatlah menarik perhatian untuk kita meneruskan pembacaan. A samad said tidak akan meninggalkan sebarang persoalan tanpa jawapan kepada kita sepanjang cerita di dalam buku ini. Walaupun judulnya Salina tapi cerita tentang watak Salina itu sendiri tidak banyak. Cuma [...]


    13. I bought the 50th anniversary Edition of this book Popular Bookstore, Ikano because of it's fame as one of the best works of National Laureate, A. Samad Said. The story line is good but very poor copy editing made it a very dragging, frustrating and disappointing read. Page after page of typo errors and spelling mistakes points to a very poor job of producing this book. For a book bearing a big name as this, the editor and the proof reader must do a better job. The four (4) stars given above is [...]


    14. Isi cerita, dan gaya penceritaannya tentulah lima bintang.Hanya kualiti ejaan yang disebabkan kesilapan atur huruf menyebabkan kurangnya satu bintang.Membaca tulisan Sasterawan Negara bukanlah seperti membaca kisah-kisah cinta murah yang biasanya disogokkan dengan angan-angan gaya hidup korporat yang tidak berpijak di bumi nyata.Yang dihidangkan adalah realiti hidup manusia yang sering dipinggirkan dan pada kebanyakan masanya bukan berakhir dengan 'happy ending' dan kisah yang berbunga-bunga.Ia [...]


    15. Last year, I didn't read any Malay books at all. So this year, I am planning to read at least 12 Malay books, a book each month, because what's the point of being bilingual if I don't read in different languages?? Naturally, I had to start with Salina because this novel has always been considered as the classic Malay novel. I think of all our national laureates, A Samad Said is the only one that people are most familiar with. So, of course, I want to tackle this book first. Great idea? WellFirst [...]


    16. “Tak semua yang hina itu hina, tidak semua yang agung itu mulia!”Being a national laureate, Pak Samad is agonizingly brilliant in describing the characters and every situation in this story. “Dan seperti semalam juga anak-anak kambing itu menyondol susu ibunya yang bergayut-gayut memberat itu. Mereka berterusan sahaja kelaparan nampaknya! Di kaki mereka berselerakan dan melekat-lekat tahinya yang bulat-bulat kecil seperti biji makjun itu. Kebanyakan daripadanya masih bulat lagi. Tetapi ad [...]


    17. Saya baca Salina edisi pelajar. Jadi adegan-adegan "dewasa" sudah banyak disunting dan ini melegakan hati saya. Saya tidak mahu kenikmatan menghayati karya A Samad Said terganggu dengan ketidaksenangan saya terhadap unsur-unsur erotik. Jadi saya cenderung untuk memilih edisi pelajar yang lebih bersih.Pak Samad sinonim dengan kekuatan cerita berdasarkan kehidupan masyarakat selepas , semasa dan sebelum perang.Perang meninggalkan kesan mendalam kepada segenap lapisan masyarakat. Semua yang hidup p [...]


    18. Fiksyen Melayu yang sangat hebat. Buku ini telah lama saya cari, akhirnya saya berjaya memilikinya di Read Malaysia 2009 yang berlangsung di Mines tidak lama dahulu. Sebuah novel tebal yang tidak jemu di baca. Sebagai pembaca yang suka membaca 100% pengisian buku, saya sarankan janganlah anda membaca kata-kata penghantar di mukasurat hadapan kerana ia mengandungi "spoiler". Barangkali ini akan mengurangkan elemen "kejutan" dalam novel ini. Kepada semua peminat fiksyen Melayu wajib membaca buku i [...]




    19. Sukar endak komen novel yang cara penceritaannya tidak seperti novel melayu yang lain. Sukar untuk dikenalpasti apakah misi novel ini. Jika ini kisah tentang Salina, maka sebenarnya tidaklah terlalu menumpu pada Salina. Semuanya punyai masalah dan semuanya mahu keluar dari kepayahan hidup di kampung kambing.Maka aku kira, masyarakat adalah watak utama dan antagonisnya kehidupan yang ditekan. Ya, ini lebih adil. Malah, ini adalah tipikal Pak Samad dengan cerita melayu yang larat lagi-lagi yang se [...]


    20. 18 Disember 2015 aku menghabis baca novel ini dan penceritaannya mengenai kehidupan masyarakat pada dekad ke-50 ketika itu masih lagi relavan untuk dibanding pada zaman sekarang. Penderitaan serta kesusahan penduduk Kampung Kambing seakan-akan masih lagi berlanjutan dan dirasai oleh sesetengah orang di waktu kini. Mungkin corak kesukaran hidup waktu itu berbeza, namun ianya masih lagi berpusar pada benda yang sama; manusia ini hamba kepada wang.Penghidupan watak utama, Salina yang terpaksa menca [...]


    21. Jika ada buku yang butuh menabrakkan hati yang keras, inilah bukunya. Penulisan yang bersahaja, tapi garapannya tajam, komentar masyarakatnya menyengat, dan pembangunan wataknya sangat mantap.Kerana terlalu banyak air mata mengalir setelah membacanya, saya tak berdaya mengulang baca novel ini. Karya sastera yang hebat!


    22. Sukar sekali pada mulanya untuk memberi rating yang tinggi kepada buku ini. Salinan Salina yang telah dibaca adalah Edisi Istimewa ulang tahun ke 50 terbitannya yang hanya boleh diperolehi di Popular. Sangat mengecewakan apabila buku yang diterbitkan penuh dengan kesalahan menaip (typos) yang terlalu banyak hingga mengganggu keseronokan membaca.Namun, tidak adil bagi saya untuk menilai isi karya agung sasterawan negara A. Samad Said hanya kerana beberapa editor yang malas untuk memastikan kualit [...]


    23. Aku mengambil masa kira-kira 4 hari untuk menghabiskan bacaan karya agung Pak Samad. SALINA,bila aku baca buku ni terasa seolah-olah aku berada di zaman peperangan dahulu, sebelum kemerdekaan,terasa aku berada di dalam kalangan penduduk Kampung Kambing. Serious superb, bahasa lama yang dikekalkan dan mudah untuk aku fahami. Cuma aku hairan, kenapa tajuk SALINA?bukan sepatutnya Nahidah??Salina satu khazanah luar biasa pada aku,mungkin."Dan diketahuinya sekali bahawa betapa kotor pun Siti Salina d [...]


    24. I bought the 50th anniversary Edition of this book Popular Bookstore, Ikano because of it's fame as one of the best works of National Laureate, A. Samad Said. The story line is good but very poor copy editing made it a very dragging, frustrating and disappointing read. Page after page of typo errors and spelling mistakes points to a very poor job of producing this book. For a book bearing a big name as this, the editor and the proof reader must do a better job. The four (4) stars given above is [...]


    25. This is supposed to be a special 50th anniversary edition. It has a beautiful cover: a striking bluish-green butterfly held in a pair of black-and-white hands. Unfortunately the shoddy editing made reading difficult. Reading in Malay also slows me down. The style was a mix of lyricism and clear-cut realism. I must admit there was a bit of disappointment with the ending - the central characters did not progress far beyond the conditions and situations in which we first meet them. I also felt that [...]


    26. Berminggu jugak nak habiskan novel ni. Mungkin sebab novel ni tebal dan bahasa sastera nya yang meleret2.Tapi plot cerita ni best.Rasa kesian dekat Salina dengan Nahidah. Tak tahulah zaman sekarang ni wujud lagi ke org mcm Salina ni? yang menyanggup sangat utk seorang lelaki.Lagi satu kesian jugak dekat Hilmy.Ending dia ok, ada part yang happy, dan ada part yg sedih.


    27. SALINA sebuah karya maha agung dari sasterawan negara Datuk A.Samad Said.Membawa pembaca kembali era lampau yang penuh dengan kerintihan,kedukaan,kesukaran kehidupan.Namun,dapat di atasi sebaiknya dalam melestarikan sebuah kehidupan


    Leave a Reply